Sunday, February 5, 2017

Of Flowers And Daggers. (Bunga Dan Belati.)

Hidup ini sentiasa ada dua sisi yang berlawanan tapi seiringan. Bahagia seiring dengan duka. Sayang seiring dengan benci. Cinta seiring dengan air mata. Hidup seiring dengan mati. Dua sisi ini sentiasa beriringan, tak terpisah oleh apa pun.

Bunga dan belati. Hidup ini kadang indah kadang luka. Dalam hidup ni kalau kita hanya nak satu bahagian tapi menolak satu bahagian yang lain, itu bukan hidup namanya. Semua manusia perlu rasa dua sisi pengalaman yang berbeza agar mereka tahu dan belajar hidup ini tak terjadi seperti apa yang mereka mahukan.

Bila dah seronok dengan bahagia, manusia kadang lupa, mereka perlu bersedia untuk menghadapi kecewa.